Kuala Lumpur
Kluster Sukan SEA ke-34 di Kuala Lumpur
Terma dan syarat
TERMA DAN SYARAT SEBAGAI SUKARELAWAN KLUSTER KUALA LUMPUR TEMASYA SUKAN SUKAN SEA KE-34 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-14 MALAYSIA 2027
Terma dan Syarat yang ditetapkan ini adalah bertujuan untuk menetapkan parameter dan obligasi antara sukarelawan dan Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027.
SILA BACA TERMA DAN SYARAT DI BAWAH DENGAN TELITI SEBELUM MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN DALAM TALIAN (ONLINE) ANDA.
- Dalam memastikan persekitaran yang efisien, kondusif dan aman untuk sukarelawan, Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 akan melakukan yang terbaik untuk:
- memberi latihan dan informasi yang diperlukan oleh sukarelawan dalam membuat persiapan dan memahirkan diri mereka khususnya persediaan penugasan bagi Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027;
- membimbing sukarelawan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam bidang yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027;
- Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 berhak menentukan tarikh penugasan sukarelawan berdasarkan jadual bertugas yang ditetapkan;
- Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 menyimpan hak untuk membuat keputusan muktamad berkenaan dengan bidang tugas, jadual bertugas dan tempat bertugas di mana sukarelawan akan ditugaskan; dan
- menyediakan persekitaran yang selamat untuk sukarelawan melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.
- Empat (4) perkara seperti di bawah akan disediakan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027, pada kuantiti yang akan ditetapkan mengikut budi bicara Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027, iaitu:
- Peruntukan Saguhati bertugas;
- Skim Perlindungan insurans;
- T-shirt dan seluar rasmi bertugas;
- Sijil penghargaan.
- Untuk memastikan proses pendaftaran, penyebaran maklumat dan pelaksanaan peranan serta tanggungjawab sukarelawan dapat berjalan dengan lancar lagi efisyen, seseorang sukarelawan itu mestilah:
- Warganegara Malaysia;
- Warganegara ASEAN bagi kluster di Kuala Lumpur;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2026;
- Bebas dari sebarang penglibatkan kes jenayah dan tapisan keselamatan;
- Alamat semasa pemohon adalah di lokaliti dan sekitar kawasan Kluster Kuala Lumpur;
- Berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas.
- Memberikan maklumat yang benar, tepat, terkini dan lengkap mengenai dirinya dan segera mengemas kini apa-apa perubahan maklumat ini kepada Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027;
- Sekiranya didapati maklumat yang telah diberikan adalah tidak benar, Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 berhak untuk menamatkan pelantikan sukarelawan serta merta.
- Dalam melaksanakan peranan, tanggungjawab dan tugas di bawah Program ini, seseorang sukarelawan itu mengaku janji untuk:
- menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas untuk memastikan kejayaan Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027;
- sentiasa berbudi bahasa, suka membantu, berpakaian yang sesuai dan prihatin terhadap penampilan serta tingkah laku agar tidak memberikan gambaran yang buruk ke atas penganjur dan Negara;
- tidak melakukan sebarang tindakan jenayah, menyalahi undang-undang atau menjejaskan reputasi atau nama baik Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 atau kepada Malaysia sebagai tuan rumah;
- tidak melakukan sebarang perkongsian maklumat melalui media sosial yang mencemarkan imej Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027; dan
- dilarang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai rasmi Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 dan/atau membocor, membuat kenyataan atau memberi sebarang maklumat kepada media atau mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027.
- Bagi memahirkan diri dengan peranan dan tanggungjawab sebagai sukarelawan, seseorang sukarelawan itu hendaklah menghadiri Latihan Umum dan Latihan Spesifik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027.
- Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 TIDAK AKAN:
- menyediakan penginapan dan pengangkutan (termasuk sepanjang tempoh latihan dan bertugas); dan
- menyediakan makan minum sepanjang tempoh bertugas.
- Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 berhak untuk:
- menolak permohonan ini sekiranya tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan;
- menyingkir sukarelawan daripada temasya ini tanpa sebarang pampasan sekiranya berlaku pelanggaran terma dan syarat yang ditetapkan;
- menyingkir sukarelawan tanpa apa-apa pampasan jika maklumat dan gambaran oleh sukarelawan adalah didapati palsu atau tidak tepat.
- Dalam menyertai temasya ini, sukarelawan bersetuju untuk:
- mengakui dan menerima tanggungjawab serta risiko yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang sukarelawan untuk Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027;
- tidak mempertanggungjawabkan Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027, sehingga undang-undang di peringkat tertinggi, untuk sebarang kehilangan atau kemudaratan yang dialami oleh sukarelawan, termasuk kerugian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kecederaan peribadi: kecederaan emosi; kematian; penyakit; kerosakan atau kehilangan harta benda atau sebarang hal lain di luar kawalan Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027.
- bersetuju untuk mematuhi undang - undang dan polisi kerajaan yang telah dikuatkuasakan, peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027.
- melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang digariskan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 dari semasa ke semasa dan patuh kepada arahan yang ditetapkan.
Dengan melengkapkan dan menghantar borang permohonan ini kepada Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027, saya dengan ini mengakui bahawa saya telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan. Saya juga memahami bahawa Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 berhak untuk mengubah terma dan syarat ini dalam apa-apa cara dan pada bila-bila masa yang dianggap bersesuaian.
Soalan lazim
Apakah Sukarelawan Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027?
Sukarelawan Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan khidmat bakti kepada penganjuran temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 di bawah seliaan Sekretariat MASOC 2027.
Apakah yang diperlukan daripada saya sebagai seorang sukarelawan?
Seorang sukarelawan perlu mempunyai komitmen, disiplin, semangat kesukarelawanan dan integriti yang tinggi, di samping mengamalkan komunikasi berkesan, kerjasama berpasukan serta sikap profesional. Sukarelawan juga hendaklah menjadi tulang belakang, bersedia mengikuti latihan, mematuhi arahan dan jadual penugasan yang ditetapkan serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Seorang sukarelawan hendaklah sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara demi memastikan kelancaran penganjuran temasya dan menjaga imej Malaysia sebagai tuan rumah.
Apakah peranan dan tanggungjawab saya sebagai sukarelawan? Dalam bidang apakah saya boleh menawarkan sumbangan saya?
Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas mengikut jawatankuasa yang ditetapkan. Butiran mengenai tugasan tersebut akan dimaklumkan kepada sukarelawan yang terpilih semasa latihan dijalankan. Bidang tugas yang diperlukan sepanjang temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 adalah:
• Tugas-Tugas Am
• Persiapan Venue
• Ketibaan dan Pelepasan
• ICT
• Anti Doping
• Pengurusan Acara
• Kesihatan dan Perubatan
• Media
• Penajaan
• Pengangkutan
Apakah kluster negeri yang terlibat sempena temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027?
Kluster negeri yang terlibat sempena temasya Sukan SEA ke-34 adalah Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor.
Kluster negeri yang terlibat bagi penganjuran temasya Sukan Para ASEAN ke-14 adalah Kuala Lumpur.
Di manakah akan saya ditempatkan?
Ia akan bergantung kepada tugasan yang akan dipertanggungjawabkan kepada anda berdasarkan kluster negeri yang dipohon.
Bolehkah saya memilih kluster negeri sempena temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 dan tanggungjawab sebagai sukarelawan?
Anda boleh menyatakan kluster negeri sebagai lokasi penugasan tetapi tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menetap di lokaliti kluster negeri tersebut.
Apa ganjaran yang akan saya perolehi sewaktu menjadi sukarelawan?
Memegang kepada semangat sukarelawan dan hakikat bahawa Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 adalah satu temasya sukan yang tidak berlandaskan kepada keuntungan serta dianjurkan untuk meraikan perpaduan dengan berkhidmat kepada tanah air. TIADA GANJARAN ISTIMEWA yang akan ditawarkan untuk perkhidmatan anda. Apa yang kami tawarkan ialah pengalaman dan peluang untuk menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini. Namun begitu, kami menyediakan ganjaran seperti berikut:-
• Peruntukan Saguhati bertugas;
• Skim Perlindungan insurans;
• T-shirt dan seluar rasmi bertugas;
• Sijil penghargaan.
Adakah Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 akan menyediakan penginapan dan pengangkutan ke tempat bertugas sukarelawan?
Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 TIDAK AKAN:
• menyediakan penginapan dan pengangkutan (termasuk sepanjang tempoh latihan dan bertugas); dan
• menyediakan makan minum sepanjang tempoh bertugas.
Apakah kelayakan untuk menjadi seorang sukarelawan?
Anda perlu melalui proses pendaftaran sukarelawan menerusi sistem dan kelayakan mendaftar adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia;
• Warganegara ASEAN bagi kluster di Kuala Lumpur sahaja;
• Berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2026;
• Bebas dari sebarang penglibatkan kes jenayah dan tapisan keselamatan;
• Alamat semasa pemohon adalah di lokaliti dan sekitar kawasan Kluster Kuala Lumpur;
• Berada dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas yang ditetapkan.
Bagaimanakah saya mendaftar untuk menjadi seorang sukarelawan?
Layari laman sesawang volunteermalaysia2027.my , untuk pendaftaran sebagai sukarelawan.
Bagaimanakah proses pemilihan dilakukan?
Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 akan menyenarai pendek calon sukarelawan berdasarkan pendaftaran yang telah diisi. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi keputusan pemilihan selepas menghadiri sesi latihan umum dan spesifik.
Bila saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya berjaya?
Pemberitahuan pemohonan yang berjaya akan dihantar secara berperingkat selepas menghadiri latihan melalui sistem atau emel selewat-lewatnya pada bulan Julai 2027.
Bilakah tarikh tutup untuk permohonan sebagai sukarelawan?
Pendaftaran akan hanya ditutup pada 31 Januari 2027.
Bolehkah saya menjadi sukarelawan sekiranya saya bukan rakyat Malaysia?
Boleh, hanya kluster Kuala Lumpur sahaja.
Adakah saya perlu menghadiri latihan sukarelawan?
Ya. Sukarelawan wajib menghadiri latihan umum dan spesifik yang dilaksanakan oleh kluster negeri masing-masing.
Bilakah tarikh penugasan sukarelawan ketika temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 akan bermula?
Panggilan penugasan sukarelawan dijangka seawal September 2027 bagi Sukan SEA ke-34 dan seawal Oktober 2027 bagi Sukan Para ASEAN ke-14.
Bolehkah saya memohon surat cuti tanpa rekod/ pelepasan bertugas/ pengecualian kuliah daripada Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 untuk berkhidmat sebagai sukarelawan?
Ya, boleh. Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur Temasya Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 Malaysia 2027 akan mengeluarkan surat permohonan cuti tanpa rekod/ pelepasan bertugas/ pengecualian kuliah setelah dilantik. Walau bagaimanapun, pelepasan bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan/ majikan/ institusi pengajian.
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?
Sebarang pertanyaan, sila hantar ke chat box sukarelawan yang akan dimaklumkan.
Berapakah tempoh masa sehari bagi penugasan seseorang sukarelawan?
Tempoh masa bertugas bagi seseorang sukarelawan adalah maksimum 10 jam sehari.
Venue
Maklumat penginapan
-
Penginapan diurus sendiri
Jawatankuasa Sukarelawan Kluster Kuala Lumpur tidak menyediakan penginapan dan pengangkutan, termasuk sepanjang tempoh latihan dan bertugas (rujuk Terma dan syarat). Pilihan di bawah ialah contoh berhampiran venue; kadar ialah anggaran dan perlu disahkan dengan pihak penginapan.
-
YMCA Kuala Lumpur (hostel)
- Lokasi
- 95, Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Dekat KL Sentral. Kira-kira 9–12 km ke Bukit Jalil (anggaran, perlu disahkan). Naik LRT ke stesen Bukit Jalil dan tukar di Masjid Jamek.
- Kadar anggaran
- RM98 semalam untuk bilik double, twin atau triple (laman rasmi, Nov 2026)
- Hubungi
- +603-2274 1439 · [email protected] (kaunter 7 pagi–11 malam)
Hostel pertubuhan belia bukan kerajaan yang terbuka kepada orang awam. YMCA menyarankan tempahan sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal. Bilik triple menggunakan bilik air berasingan.
Maklumat lanjut -
Hotel 99 Sri Petaling (Bukit Jalil)
- Lokasi
- No 8, 1 & 2, Jalan Radin Bagus 3, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 KL. Kira-kira 1.8 km ke Stadium Nasional Bukit Jalil (Booking.com) dan kira-kira 5 minit ke LRT Sri Petaling (laman rasmi).
- Kadar anggaran
- Kira-kira RM116 semalam (Booking.com, 21–22 Sep 2027)
- Hubungi
- +60 3-9054 3223 · [email protected] · Khidmat pelanggan +60 18-284 2668 (9 pagi–6 petang)
Rangkaian hotel bajet tempatan. Deposit RM50 tunai bagi setiap bilik dipulangkan semasa daftar keluar (laman rasmi). Penyenaraian pihak ketiga menyatakan tiada tempat letak kereta di premis (perlu disahkan).
Maklumat lanjut -
Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil
- Lokasi
- Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 KL. Kira-kira 7 minit memandu ke Stadium Nasional (laman Perbadanan Stadium Malaysia).
- Kadar anggaran
- Kira-kira RM306–338 semalam (Booking.com, 19–22 Sep 2027)
- Hubungi
- Tempah melalui laman rasmi Hyatt. Telefon +60 3-9764 9888 diambil daripada direktori pihak ketiga (perlu disahkan).
Satu-satunya hotel yang disenaraikan sebagai penginapan berhampiran di laman rasmi Perbadanan Stadium Malaysia (kemas kini 24 Nov 2026). Pada 26 Nov 2026, sesetengah tarikh temasya sudah tidak tersedia di Booking.com.
Maklumat lanjut